KARIPAP RANGUP


Assalamualaikum semua

Resepi karipap rangup

Resepi ini saya ambil dari blogger terkenal iaitu kak ita dr azlita masam manis, dan saya telah olah menigikut citarasa saya.

Saya juga folow ig kak ita ni seorang yang simple.dan tak lokek berkongi resepi.
dan hasil kerjanya yang kemas dan cantik sekali,.begitu juga dengan susunan dapur dan peralatan membuat kek nya ..suka saya tengok cantik tersusun..nak masak pun seronok kan..



KARIPAP RANGUP

Bahan-bahan intinya

2 ketul ubi keledek /600gm di potong kiub
5 sudu makan serbuk kari
100gram daging kisar ramly/klu pki dgg fresh lagi sedap
1 daun sup
1 daun bawang
2 1/2 cawan air
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis
5 bunga cengkih
3 sudu teh garam
2 sudu teh gula
Minyak untuk menumis

bahan kisar

1 bawang besar
2 bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering di rendam terlebih dahulu

cara masak inti
  1. Masukkan minyak tumis 3sekawan masukkan daging kisar kacau, masukkan bahan kisar tumis dan masukkan serbuk kari. kacau hingga terbit minyak
  2. Masukkan ubi keledek, dan 2 1/2 cawan air, kacau sekali sekala hingga air kering tambah garam n gula secukup rasa, kecil kan api..bagi inti betul2 kering baru tutup api.
  3. Sementara tunggu inti sejuk kita boleh la buat kulit/pastry nya..

Bahan pastry

4cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
4 sudu makan minyak
1 sudu makan marjerin
1 1/2 cawan air ais

cara-cara
  1. Panaskan minyak dan marjerin..masukkan ke dalam tepung dan gaul rata, ramas2 kan tepung 
  2. Kemudian masukkan air sejuk sedikit2 hingga tak melekat di tangan,,jangan lembik
  3. Bungkus dalam plastik biarkan 30 minit,,
  4. Taburkan tepung atas papan pencanai..dan gelek atau canai doh.. jangan terlalu nipis atau tebal..tekan je dengan gelas ikut bentuk bulat besar mana yang kita suka..
  5. Isi inti dan kelim tepi, saya suka buat sendiri dari guna acuan..
  6. Dah siap boleh di goreng, gunakan api yang sederhana.








Ulasan

Catatan Popular