SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT

Assalamualaikum semua 

Hari ni saya nak cerita sedikit ttg terung pipit atau terung rembang.. kerana berkaitan dgn resepi nak dikongsi ini. Sewaktu saya kecil dulu.. terung pipit ni tumbuh merata2 di keliling rumah.. Buahnya selalu di jadikan peluru utk bermain tembak2 dgn kawan2..

Selain itu pd masa tu sekiranya sakit beguk.bengkak di pipi . Buah ini akan di jadikan sbgai rantai.. x tau lah apa fungsinya dan berkesan ke tak pada penyakit tu. ms tu kecil lg dan pki jele. rantai tu... . Hehe



SAMBAL BILIS TERUNG PIPIT

Bahan-bahan

1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan ikan bilis
6 sudu besar cili kisar
1 sudu teh sos tiram
Garam dan gula
Minyak untuk menumis

Bahan kisar

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara masak

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masukkan cili dan terung pipit, masak hingga terbit minyak
  2. Tambahkan 2 cawan air, masak hingga terung bertukar warna dan rasa klu lembut terung tu dah masak la. kalau belum tambah lg sedikit air
  3. Kemudian baru masukkan ikan bilis, soso tiram, garam dan gula secukup rasa
  4. siap dah boleh dihidangkan


Ulasan

Catatan Popular