MUFFIN TAUHU BAYAM BRAZIL

Assalamualaikum semua

Sepanjang PKP ni banyak hikmah yang kita semua dapat antaranya boleh luangkan masa bersama family..boleh mencuba pelbagai resepi..selalunya untuk berbuka puasa kita akan beli je kerana blk dari kerja dah letih nak memasak..

Kali ni saya share pula resepi menggunakan tauhu..Selalunya saya akan buat cucur tauhu, tapi kali ni saya cuba pula buat muffin tauhu dan saya masukkan  bayam brazil ..yang ibu mertua saya tanam.. 

Selain daging kita boleh juga letak ayam, udang ke terpulang pd msg2.. Sungguh lembut muffin ni.. Sy suka cicah dgn sos cili thai... 


MUFFIN TAUHU BAYAM BRAZIL

Bahan-bahan 

3 keping tauhu
4 biji telur ayam
Sedikit daging dicincang
1/2 labu bawang besar di cincang
1/2 btg carrot di parut kasar
1 gengam bayam brazil hiris halus
1 biji cili merah hiris
2 tangkai daun bawang
1/2 sudu kecil lada hitam 
Sedikit lada sulah
2 sudu teh garam

Cara masak
  1. Hancurkan tauhu guna garpu.. X perlu halus
  2. Tambah semua bahan yg di hiris, gaul sebati
  3. Kemudian masukkan telur lada hitam, lada sulah dan garam.. Gaulkan rata
  4. Seterusnya sapukan minyak pada tin acuan supaya x melekat nnti.. 
  5. Tuangkan adunan ke dalamnya dan sedia untuk dibakar
  6. Bakar pada suhu 170°c api atas bawah.. Selama 20 hingga 25 min.. Bergantung pada oven masing2.. 
  7. Tggu sejuk br kluarkan dari acuan
  8. Selamat mencuba..



Saya dapat hasilkan 12 muffin menggunakan resepi ini.. 


Ulasan

Catatan Popular