CUCUR TAUGE KUCAI PKP


Assalamualaikum semua

Menu untuk minum petang kali ini cucur kucai yang lembut di dalam dan rangup di luar.
Letak taugeh banyak2 lagi sedap...

Memang sedap di makan panas-panas, ketika hujan turun membasahi bumi, perut pun sedang berbunyi2..dan tak lupa secawan kopi panas ..

Jom tengok resepinya



CUCUR KUCAI
kisahinara.blogspot.com

Hidangan 4 orang

Bahan bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 cili merah di cincang
2 sudu kecil garam
2 cubit gula
2 cawan taugeh
1 cekak kucai potong panjang2
1 gengam ikan bilis/ udang kering tumbuk kasar
1 biji bawang merah ditumbuk/ dihiris
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk perasa - optional

cara masak
  1. Campurkan semua bahan di atas , kacau sebati, garam dan gula tu ikut rasa masing2, bleh rasa sikit bancuhan tu ok ke tak..gula jgn letak banyak fungsi nya hanya nk mengimbangkan rasa masin tu je, kalau letak bahan perasa tak perlu gula
  2. panaskan minyak di dalam kuali , bila  minyak dah panas baru cedukkan bancuhan menggunakan sudu ke dalam kuali, kerana bancuhan ini agakkan cair, 
  3. goreng hingga garing supaya taugeh dan kucai di luar cucor jadi rangup krup2 bila di makan
  4. Makan ketika masih panas,  bersama sos kegemaran..nyum2, bila sejuk dia akan jadi lembut

Ulasan

Catatan Popular