KUIH KETAYAP SEDAP



Assalamualaikum semua

Semoga semuanya sihat di waktu ini ketika wabak covid 19 sedang melanda di serata dunia..

Kali ni saya nak share resepi yang begitu mengamit memori iaitu kuih ketayap yg menjadi kegemaran ayahanda saya
Di waktu berjauhan dari mereka yang berada  di kg. terasa sayu.. Selalunya dalam seminggu beberapa kali singgah di kg menjenguk mereka selepas balik dari bekerja.. Tp kali ni tidak dpt kerana PKP. Harapan agar ayah dan bonda  sihat hendaknya..Amin

kisahinara

Resepi kuih ketayap

Bahan Inti

1/2 biji kelapa parut seeloknya kelapa yang tidak terlalu tua
3 sudu besar gula merah atau gula melaka
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar tepung gandum untuk bg inti melekat dan basah
Sehelai daun pandan

Cara Masak intinya.
  1. Masukkan air dan gula merah serta daun pandan yang disimpul
  2. Kemudian tggu agak kering air gula merah tadi baru masukkan kelapa parut dan kacau, tambah gula putih ikut tahap manis masing2 
  3. Setelah kelapa td kering tambah tepung gandum 
Inti boleh dibuat awal dan simpan di dalam peti sejuk. keesokankan harinya lebih mudah kita hanya siapkan kulit sahaja.


Bahan untuk kulitnya

I biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 sudu mkn minyak masak
Secubit garam
Pewarna hijau

Cara masak kulit
  1. Campur semua bahan utk kulit di atas dan gaul sebati sehingga adunan tidak berketul ,boleh gunakan blender untuk dapatkan adunan lebih halus.. 
  2. Panaskan kuali atau pan gunakan api kecil. sapukan kuali dgn sedikit minyak
  3. Kemudian tuang sesenduk bancuhan dan lenggang kan pan sehingga bancuhan memenuhi pan . kena buat dengan pantas ya . Pertama kali buat mmg kekok, bila selalu buat nanti inshallah mudah..
  4. Tunggu dlm 3min hingga masak dan angkat .jgn dibalikkan
  5. Letakan inti dan kita lipat di kiri dan kanan kulit dan gulung hingga habis, ok siap kuih ketayap kita.
Resepi ini saya dpt hasilkan 8 biji kuih ketayap
selamat mencuba ya....

Ulasan

Catatan Popular