RENDANG KERANG



Assalamualaikum semua

1 Ramadhan
Selamat berpuasa

Resepi kali ini ialah rendang kerang, saya suka masukkan kelapa parut untuk dapatkan serdak2 kasar apabila rendang sudah kering nanti..

Kalau hendak betul2 kering masak lebih lama lagi.. dan rendang akan berbau harum..rendang yang kering ini sedap di makan bersama nasi panas ketika bersahur nanti




RENDANG KERANG
kisahinara.blogspot.com

Hidangan 5 orang

Bahan-bahan

1/2 kilo isi kerang
2 cawan santan
3 susu besar cili kisar
2 helai daun kunyit di hiris halus
1/2 cawan kelapa parut
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam dan gula sebagai perasa

Bahan kisar kasar

4 batang serai
3 biji bawang besar / kalau terlalu besar 2biji cukup
1 1/2 inci halia

Cara memasak
  1. Masukkan bahan kisar, santan, cili kisar, kunyit, masak hingga pekat
  2. Kemudian baru masukkan kerang, daun kunyit dan gula dan garam secukup rasa
  3. Sekiranya suka berkuah tak perlu tunggu sampi kering..orang perak panggil gulai embai embai..betul ke sebutannya tu hihi
  4. Jikalau hendak kering boleh di masak lama lagi ..

Ulasan

Catatan Popular