LEMPENG PISANG LEMBUT


Assalamualaikum semua

Beberapa hr lepas jiran saya memberi sesikat pisang.. Sy simpan dlm fridge.. Cdgnya nk buat apam pisang, tapi dah terlupa.. 

Ptg td terjumpa la pisang ni didalam fridge dah kehitaman kulitnya.. Nk buat apam rs mls pulak
Jd sy buat la lempeng pisang je paling senang.. 
Lagi pun ank sy suka, katanya pancake ni sedap ibu.. Hihi
3 keping saja utk dia.. 




LEMPENG PISANG
kisahinara.blogspot.com

6 keping

Bahan-bahan

2 1/2 cawan pisang yang dah di lenyek
3/4 cawan tepung gandum
5 sudu besar gula
Secubit garam

Cara2 nya

  1.  Campur semua bhn gaul sebati
  2. Panaskan non stick pan..gunakan api kecil
  3. Letak sedikit minyak dlm 1 sudu kecil, sendukkan 1 bancuhan ke dalam kuali, ratakan dgn mnggunakan sudu.. Untuk mendapatkan bentuk bulat
  4. Jgn terlalu tebal atau nipis.. 
  5. Bentuk bulatan pun jgn terlalu besar nnti sush nak balikkannya kerana bncuhan ini agak lembut.. Terbalikkan perlahan dn hati2.. 
  6. Tutup sekejap, supaya cepat masak sekata
  7. Boleh intai bawahnya dah masak ke tak.. Klu ok balikkan nya.. Dan tutup lg hgga msk lg 1 permukaan
  8. Setiap kali nk masukkan bancuhan lain ke dalam pan mesti letak myk.. 
Selamat mencuba ya.. 


Ulasan

Catatan Popular