SAMBAL TEMPE IKAN BILIS RANGUP



Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa semua, kali ni saya share resepi favourite saya iaitu sambal tempe ikan bilis yang rangup Makan begitu saja pun sedap,

Bahannya simple aje, klu nak cepat beli je kacang tanah yang siap goreng tak perlu nak ddk lama2 kat dapur tu seharian..kita mak2 ni kena kreatif..

Tambahan pula nak ngadap juga anak punya homework, school from home time2 PKP ni,..kita kena pandai bahagikan masa untuk memudahkan kita kan..Tahniah pada ibu2 semua.demi keluarga kita , penat sedikit pun x mengapa...




SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
kisahinara.blogspot.com 
Hidangan 5 org 

Bahan-bahan

3 kampit tempe
1/2 cawan ikan bilis goreng
1/2 cawan kacang goreng
3 sudu kecil gula
5 sudu besar cili kisar
Sedikat garam

Bahan kisar 

1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara masak 
  1. Gaulkan tempe dgn sedikit kunyit, goreng garing ketepikan
  2. Mskkan minyak dlm kuali tumiskan bhn yang dikisar masukkan cili kisar..
  3. Tumis lg hingga naik minyak dan betul2 kering.. Hingga warna bertukar merah gelap.. Masukkan gula dan garam secukup rasa.. Tutup api
  4. Bila dah sejuk baru gaulkan dgn tempe ikan bilis dan kacang.. Gaul rata dan boleh dihidanglan
  5. Jikalau kita masukkan ketika masih panas.. Tempe dan kacang akan jd lembut.. X garing.. Tp klu suka blh je.. Ikut selera masing2. 







Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular