SOM SOM SAGU



Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa semua, diharapkan semua sihat hendaknya..
Baru hari pertama berpuasa apabila buka je facebook maka ternampak la pelbagai juadah yang asyik lalu lalang di wall fb saya

Antara resepi yang begitu memikat selera ialah som som sagu, begitu menarik sekali gabungan sagu dengan kanji som som ini, maka hari ni saya pun mencuba resepi yang viral ini..



SOM SOM SAGU
Kredit fb Mas Cotek

Resepi ini saya telah olah sedikit mengikut cara saya..

Bahan sagu

3 cawan sagu
7 cawan air
daun pandan simpulkan

cara masak

  1. Masukkan air kedalam periuk, air byk lg sagu mudah nak masak n kembang, masukkan daun pandan ,apabila mendidih masukkan sagu secara perlahan2 sambil kacau..kena kacau selalu nnti melakat di permukaan bawah periuk 
  2. Kacau sampi sagu jadi jernih dan tiada lagi putih2 sagu, kalu tinggal sikit2 tu boleh la tutup api dah. 
  3. Terus tapiskan sagu lalukan dgn air untuk buang kanjinya..Kalau tidak dia akan melekat dan tak dapat bulat sebutir butir,  
  4. masukkan ke dalam bekas, saya gunakan tupperware bekas tau fu fah. Sendukkan sampi separuh bekas tersebut
  5. letakkan ke tepi dulu sago ini, kerana kita nak masak kanji som som pula

Bahan bahan kanji som som

1/2 cawan tepung beras
1 cawan santan
2 3/4 cawan air
sedikit garam

cara masak
  1. Campurkan semua bahan di atas, gaul sebati, tambah pewarna jika suka. Masak sehingga pekat dan perlahankan api
  2. Kacau lagi sehingga meletup-letup..tutup api
  3. Cedukkan dan letakkan di ats sagu tadi, dan siap, boleh disejukkan

Boleh di makan dgn air gula merah dan susu sejat, ikut selera masing




Ulasan

Catatan Popular