KUIH KASTURI LEMBUT


Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin berkongsi resepi daripada mak saya iaitu kuih kasturi yang begitu lembut. Petua untuk menghasilkan kuih yang lembut  ialah mak saya tidak menggunakan tepung gandum didalamnya hanya kacang hijau sahaja.

Sewaktu saya kecil dahulu mak menjual kuih dan saya sering membantunya. saya hanya ditugaskan untuk menempa kuih.. Jadi sehingga kini saya masih igt lagi bagaimana caranya






Kuih Kasturi Kak Tam

Bahan-bahannya

2 cawan kacang hijau
8 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit tepung gandum

Cara-caranya

  1. Masukkan kacang hijau bersama 5 cawan air, masak hingga kering dan tambah lagi 3 1/2 cawan air. Masak lg hingga air kering
  2. Tambah gula putih, klu tak cukup manis boleh tambah lagi 2 atau 3 sudu ikut citarasa masing-masing
  3. Apabila dah kering ia akan mengeluarkan bunyi plup2..pelahan kan api kena kacau selalu ye supaya tak melekat di periuk nanti hangus. 
  4. Tutup api dapur dan tunggu hingga sejuk dalam 20 atau 30minit , bila sejuk baru kacang hijau sedikit keras dan senang dibentuk
  5. Ambil kacang hijau yang telah disejukkan td bulatkan sebesar bola pingpong golek atas tepung gandum. lepas  dah golek baru leperkan
  6. Tabur kan sedikit tepung gandum diatas dulang untuk diletakkan kasturi yang dah dibentuk agar tidak melekat, dan kita boleh la membuat bancuhan tepung untuk menggoreng pula
Adunan ini menghasilkan 26 ketul kuih kasturi. separuh darinya saya simpan di peti sejuk untuk di goreng keesokan harinya pula. Kalau nak tahan lebih lama simpan di bahagian Freezer

Bahan untuk tepung menggoreng
(boleh digunakan untuk 18 ketul kasturi)

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar mentega yang dicairkan
secubit garam
sedikit  serbuk kunyit sebagai pewarna

cara-caranya

  1. Gaulkan semua bahan tepung goreng sehingga sebati dan tak berketul
  2. panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana
  3.  Celupkan kuih kasturi yang telah ditempa dan goreng 
  4. Apabila dah nampak kekuningan boleh la di angkat ..




Ulasan

Catatan Popular