MACARONI GORENG MEATBALL




Assalamualaikum semua

Breakfast dan lunch hari ini....

Menghabiskan baki2 sayur dan bahan masak, esok atau lusa sy akan keluar ke pasaraya berhampiran  dengan rumah mencari barang dapur.. 

Sepanjang pkp ini saya hanya keluar mencari barang dapur seminggu sekali sahaja. Suami pula hanya keluar membeli barang2 kering yang mudah.

Saya lebih suka keluar mencari barang sendiri kerana lebih puashati. Sebelum keluar saya sudah rancang menu yang akan dimasak pada minggu hadapan supaya tidak membazir dengan membeli barang yang tidak perlu.



 



MACARONI GORENG MEATBALL
Hidangan untuk 4 orang

Bahan-bahan

2 cawan makaroni
I lobak merah potong dadu
1 biji bawang holland potong dadu
12 biji meatball potong 4
1/2 tin pasta sos PREGO
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar. butter
1 sudu kecil garam utk merebus macaroni
1 1/2 sudu besar sos tiram


Cara-cara
  1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
  2. Masukkan macaroni dan garam dan sesudu kecil minyak tujuan supaya macaroni tidak melekat
  3. Rebus sehingga macaron lembut. Jikalau nak tau dah masak ke tidak boleh keluarkan sebiji dan rasa samaada lembut atau tidak, sekiranya dah lembut maka boleh di tutup api dan tos kan makaroni. Biarkan makaroni sejuk
  4. Seterusnya di dalam kuali masukkan 2 1/2sudu myk masak tambah 1 sudu butter, masukkan bawang tumiskan hingga kuning keperangan, masukkan carrot ,meatball dan sos prego..jikalau ingin pedas tambahkan 1 atau 2 sudu cili kisar, biarkan,kacau lagi sehingga carrot lembut
  5. Apabila dah naik minyak baru masukkan macaroni, sos tiram, kacau sebati semua dan dah siap macaroni goreng yang sedap dah cepat disediakan.

Ulasan

Catatan Popular