NASI TOMATO


Assalamualaikum semua

Sempena bulan ramadhan yg bkl menjelang tiba, tentu ramai yang memikirkan menu apa yg bakal disediakan untuk berbuka
Di waktu PKP dilaksanakan tanpa bazar ramadhan semestinya kebanyakan ibu2 akan menyediakan hidangan sendiri..

Disini saya nk share resepi nasi tomato yg mudah di masak utk family




Resepi nasi tomato
Hidangan 4 orang

 Bahan untuk nasi

3 cawan beras biasa
3 cawan air
1/2 cawan susu sejat
1 biji tomato dicincang
4 sudu besar sos tomato/tomato puree
2 sudu besar myk sapi/butter bagi wangi bau nasi nanti
2 susu besar minyak masak
1 helai daun pandan diikat
1 batang serai di ketuk
1 sudu kecil garam atau bahan perasa
Bawang goreng untuk hiasan

bahan A
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1inci halia
semua bahan diatas di tumbuk atau blend

Bahan B (geng 4 sekawan )
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang,
3 biji buah pelaga
sedikit bunga cengkih

cara masak nasi
  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali, tumis bhn A, serai dan kemudian masukkan bahan B dan tomato. apabila dah garing sikit atau kekuningan, tutup api biarkan seketika. Ada yang suka tumis terus di dalam periuk terpulang pada masing2
  2. Di dalam periuk nasi masuk kan beras , air,susu. Kemudian tuangkan bahan yang kita telah tumiskan ke dalam periuk kacau rata,
  3. masukkan daun padan dan garam atau serbuk perasa.


Ayam masak merah

Bahan- bahan

6 ketul ayam letak kunyit dan garam sikit, goreng dahulu.

1/2 cawan cilikisar
3 sudu besar sos tomato
1 serai di ketuk
1 biji bawang besar potong bulat
Minyak setengah cawan untuk menumis
sedikit gula dan garam

Bahan A (geng 4 sekawan )
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang,
3 biji buah pelaga
sedikit bunga cengkih

Bahan B - blend atau tumbuk
1 inci halia
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih

cara -cara
  1. masukkan minyak, tumiskan serai dan bahan A, tambah bhn b, cili kisar, sos tomato . tumis hingga naik minyak , tambah gula garam, bahan perasa , masukkan ayam yang telah di goreng tadi
  2. Masukkan bawang potong bulat, gaul rata. siap dan boleh dihidangkan.
  3. Taburkan bawang goreng di atas nasi sebagai hiasan

resepi jelatah

1 bijiTimun di hiris
1/2 biji nenas dihiris
1 biji bawang besar di mayang
1 biji cili merah di hiris nipis
Udang kering dalam  6 ekor tumbuk
perahan lemon

gaulkan semua bahan diatas, tambahh gula dan garam dan perahan lemon

ok . done



Ulasan

Catatan Popular