ROTI SOSEJ
Assalamualaikum semua
Selamat berpuasa semua.. Dah 2 hari tak menulis di blog kerana busy dgn homework anak.. dan keluar membeli barang2 keperluan harian..
Pagi ni sediakan sahur yang mudah dan cepat untuk anak.. Sahur dia pukul 8pagi..tapi x pe kita ajar dia perlahan2.. Nnti dia lapar itu lah waktu berbuka dia.. Lama2 nnti boleh lah dipanjangkan lg waktu berpuasa dia.. Insha allah..

RESEPI ROTI SOSEJ ROLL MUDAH
3 keping roti
3 sosej , saya gunakan brand nutri plus sebab tak masin sgt
1 Telur
sedikit lada sulah
secubit garam
Cara masak
- Sosej saya masakkan sekejap atas pan
- Gelek roti sampi nipis..kalau tebal nanti serap minyak..gunting tepi2 roti, dan boleh simpan untuk buat breadcrumb ke, puding roti ke
- Letakkan sosej atas roti dan gulung rapat hingga hujung, buat roti yang seterusnya
- Bancuh telur letak sedikit garam dan lada sulah..kacau sebati
- Saya bancuhkan 1/2 sudu kecil tepung jagung bersama sedikit air kedalam telur untuk bagi rangup nanti..sebab tiada breadcrumbs
- Apabila minyak dah panas baru celup roti dalam bancuhan telur, kalau ade breadcrumb boleh golekkan atasnya,
- Kemudian terus masukkan kedalam kuali pastikan yang hujung gulungan roti yang bersambung tu mesti dimasukkan kedalam minyak supaya tak terbuka nanti.
- Dah masak hias la atas roti gulung tu,,dengan sos kegemaran, boleh letak cheese yang dibancuh tu, mayonis ke..dll . Saya gunakan botol di bawah ni..
![]() |
Ulasan
Catat Ulasan