PANCAKE


Assalamualaikum semua

Semenjak PKP dilaksanakan bila kebosanan melanda, maka aktiviti seharian asyik memasak, makan dan menonton tv sahaja
Nampak gaya nya bila hbs PKP bertambah montel la nnti.. Aduh.. 
Harap2 puasa nnti blh kawal sedikit pemakanan dan kurangkan mkn yang manis..

Hari ni anakanda saya request nak mkn pancake bersama nutella katanya
Disini saya share resepi pancake yg mudah disediakan






RESEPI PANCAKE 

Bahan-bahannya

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan susu 
1 1/2 sudu kecil baking powder 
1/4,sudu kecil soda bicarbonat
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter yg dicairkan/minyak masak pun boleh
Secubit garam
Esen vanilan

Cara masak
  1. Campur semua bahan kering dahulu gaul rata baru tambah telur susu dan butter dan essen vanila kacau sehingga tidak berketul
  2. Panaskan non stick pan.Gunakan api yang kecil
  3. Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan, tunggu hingga buih2 udara keluar sampi hbs baru balikkan. 
  4. Untuk mendapatkan hsl permukaan pancake yg cantik jgn letak minyak diatas pan. Jikalau tidak menggunakan non stick pan maka terpaksa juga la letak sedikit minyak ye, supaya tak melekat nanti

Bancuhan ini boleh mghasilkan 7 keping pancake
Ok selamat mencuba.. 

Ulasan

Catatan Popular